Menarik. Jika media yang besar seperti The Star pun tidak lepas untuk hubungi Zizie Ezette, maksudnya ada sesuatu yang tersembunyi.

mStar Online hari ini ada menyiarkan sebuah artikel yang bertanyakan adakah benar Zizie Ezette telah di’lamar oleh seorang ahli politik dari Sabah.


Oleh kerana telefon bimbit & SMS tidak berkesan, Khaty Fauziah, ibu kepada Zizie Ezette terpaksa menjawab kepada wartawan tentang isu ini.

“Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan.

“Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” jawab Khaty Fauziah ringkas.

Bermaksud, lamaran ini berlaku & ibu Zizie Ezette sendiri belum pasti samada perkahwinan dengan ahli politik Sabah ini akan di’teruskan atau tidak.


Kita tunggu minggu hadapan. Atau esok lusa sahaja, kerana maklumat hari ini bergerak pantas.