fbpx

Kenapa tiada entri tentang Yasmin Hani & Shahrin Blackrose? Kerana kami tidak di'jemput secara eksklusif.

Jadi mari kita bawa diri bercerita tentang gossip yang di'katakan di'tuju buat penyanyi popular Malaysia, Siti Nurhaliza.

Portal hiburan kegemaran kami, Murai ada menulis sebuah artikel menyebut seorang penyanyi wanita popular negara bertemu dengan doktor pakar dengan niat untuk menguruskan badan.

Penyanyi ini juga di'katakan telah lama mengidam untuk memiliki cahayamata dan album baru beliau yang berentak moden baru sahaja terbit untuk pasaran Malaysia.

Menurut maklumat dari wartawan awam di sebuah forum popular tanah air, penyanyi yang di'maksudkan oleh penulis gossip tersebut adalah penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza.

Semua sedia maklum yang Siti Nurhaliza baru sahaja muncul dengan sebuah album Inggeris beberapa minggu lalu & menurut gossip tersebut tindakan penyanyi ini berusaha untuk kurus adalah untuk promosi album tersebut.

Pada hemat kami, Siti Nurhaliza tidak'lah segemuk mana sehingga memerlukan bantuan pakar untuk kurus. Biasa'lah kesan sudut kamera kadang menampakkan seorang selebriti lebih lebar dari biasa. Heh.

zp8497586rq