fbpx

Gossip: Penyanyi Hidup Sembunyi Kerana Masalah Dengan Kenamaan?

Agak lama kami tidak sajikan gossip tidak bernama kerana kisah kisah selebriti sekarang ini semuanya mahu di’bogelkan bulat bulat. Tidak seronok jika terlalu kerap.

Hujung minggu kami sempat berkunjung ke taman tema terbaru di selatan tanah air yang kini menjadi sebutan ramai. Seronok tetapi panas’nya bukan main. Heh.

Bertemu rakan rakan dari sana, terbuka kisah tentang seorang penyanyi yang lagunya kini sedang popular tetapi wajah’nya tetap tidak kelihatan di mana mana media.

Khabarnya penyanyi yang juga penulis lagu ini bukan sahaja menyorok diri kerana privasi keluarga tetapi beliau ada masalah dengan orang kenamaan dari selatan tanah air.

Masalah apa yang timbul antara mereka itu tidak dapat pula di’pastikan tetapi ianya tiada kaitan dengan wang atau wanita — lebih kepada menjaga ego & pengaruh masing masing.

Dek kerana konco orang kenamaan ini sering mencari, penyanyi ini sudah beberapa tahun tidak membawa keluarga pulang ke kampung walaupun tiba musim perayaan.

Kalau benar apa yang di’sampaikan, memang tidak hairan penyanyi ini tidak pernah terima sebarang tawaran untuk muncul di’media walau untuk sekeping foto. Cuma, tindakan sebegini sebenarnya tidak berkesan untuk jangkamasa panjang. Selesaikan secara baik ‘kan lebih elok.