fbpx

Gossip: Jutawan Muda Janjikan PA Ganjaran Lumayan Untuk Satu Temujanji

Tajuk entri kali ini boleh jadi membawa maksud yang berlainan — tetapi ya, jutawan muda ini bukan beminat dengan sang PA (Personal Assistant).

Al-kisahnya semalam kami duduk minum kopi mahal bersama beberapa orang rakan baru yang kebetulan salah seorang mereka merupakan PA kepada seorang pelakon wanita ini.

Kalau di’sebutkan nama selebriti ini, nanti anda boleh muntah pisang dek kerana kisah beliau yang tidak berhenti henti keluar di media cetak & elektronik.

Si jejaka PA ini bercerita yang baru baru ini ada seorang lelaki bergelar jutawan muda menawarkan sejumlah wang yang besar untuk beliau jika berjaya memujuk hati pelakon wanita untuk keluar ke satu temujanji.

Bukan sedikit duit yang di’tawarkan, kalau mengikut cerita kawan baru kami ini, beliau boleh cuti bekerja setahun lebih tanpa risau. Fuu!

Lelaki muda bergelar jutawan dengan warisan perniagaan dari keluarga ini di’katakan sudah lama meminati pelakon wanita ini yang hadir ke dunia hiburan sejak dua tahun yang lalu.

Begitulah kalau seseorang itu mempunyai kuasa wang untuk di’laburkan ke perkara mengikut suka hati nurani — siap mampu beli temujanji khas dengan selebriti pilihan. Hmm.