fbpx

(Sumber Berita & Gambar: Bintang Popular via Zubir)

Jarang-jarang kami ada entri dengan tajuk sampai tiga baris, ini khas untuk mereka yang mahukan cerita tanpa membaca lanjut.

Zubir hari ini membawa sebuah cerita sensasi dalam kolum popular beliau di Bintang Popular — Que Haidar berhenti berlakon.

Nampak macam tidak logik kerana tidak lama lagi filem terbaru Que Haidar akan ke’panggung wayang. Tetapi, jika Zubir berani sebut nama, rasanya ada juga kebenaran di’sebalik cerita ini.

Linda Jasmine di’khabarkan mendesak Que Haidar untuk berhenti berlakon & kini di’katakan sedang bekerja sebagai pengurus sebuah kilang baja di Kuala Lumpur.

Ada dua teori yang timbul berikutan kisah ini, Linda Jasmine anggap kerjaya pelakon tiada masa hadapan & Linda Jasmine cemburu dengan kerjaya Que Haidar yang sentiasa di’kelilingi wanita comel.

Zubir juga menyatakan yang Que Haidar menangis ketika mengadu hal ini kepada Afdlin Shauki & terpaksa menolak tawaran berlakon filem baru Mamat Khalid.

Jika benar cerita yang di’bawa, maka perkahwinan mereka kini sedang di’landa masalah besar — sekurang-kurangnya buat Que Haidar.