fbpx

Gossip: Hubungan Cinta VIP Dan Aktress Terhalang Kerana Tiada Restu Ibu?

Di kalangan penggiat industri hiburan & wartawan, hubungan mereka berdua ini bukan satu rahsia lagi. Cuma tidak pernah di’akui oleh mana mana pihak yang terbabit.

Pernah sekali pelakon wanita muda & cantik ini seakan terlepas cakap kepada seorang wartawan, memang kecoh sebentar dunia hiburan ketika itu — dan kini kembali senyap.

VIP yang kami maksudkan akan seboleh boleh’nya menafikan sebarang bentuk hubungan dengan aktress tersebut dan rupa rupanya beliau mempunyai sebab tersendiri.

VIP ini pernah menyuarakan hasrat hati untuk mengahwini aktress ini kepada keluarga beliau, maklumlah orang sudah agak lama menduda, tetapi si ibu tidak bersetuju.

Khabarnya sudah pelbagai perkara si VIP ini lakukan untuk memujuk hati & menyakinkan ibu beliau yang aktress ini merupakan pilihan terbaik untuk menjadi isteri.

Punca penolakan ibu VIP ini terhadap pelakon wanita tersebut masih kabur dan kemungkinan besar ada kaitan dengan karier dan jalan hidup yang di’pilih.

Sehingga ke hari ini khabarnya hubungan VIP dan aktress ini masih berjalan tetapi tidak mempunyai hala tuju sama ada untuk berkahwin atau menamatkan hubungan mereka demi menjaga hati ibu. Lagi pun, bukankah syurga itu di’bawah tapak kaki ibu. Hmm.