Sesekali mari kita layankan gossip orang orang yang banyak warnai belakang tabir industri hiburan Malaysia hari ini.

Bukan’nya selalu anda dapat baca gossip berat sebegini dan hari ini ada cerita yang berkaitan dengan kepimpinan Persatuan Seniman.



Sekitar akhir tahun 2009, Harun Salim Bachik telah terpilih melalui undian untuk memegang jawatan Presiden Seniman dan ketika itu mengalahkan Datuk Mustapha Maarof dengan hanya empat undi.

Tahun 2012 merupakan penggal kedua Harun Salim Bachik memegang jawatan Presiden Seniman tetapi ada suara suara yang mengatakan kepimpinan pelawak & pelakon ini seperti tidak berkesan. 

Menurut sumber kami, sebenarnya Harun Salim Bachik sendiri kecewa dengan prestasi yang beliau tunjukkan sepanjang memegang jawatan tersebut dan ini termasuk beberapa resolusi yang beliau ingin perkenalkan ketika mula mula menjadi Presiden tidak menjadi kenyataan.



Harun Salim Bachik juga menurut sumber kami berkata ini semua terbantut kerana ada campur tangan pihak ketiga dalam kepimpinan beliau selain ada segelintir ahli persatuan yang masih tidak menyokong beliau.

Naib Presiden Seniman, Shahriza Mahmud yang di’lantik pada masa yang sama sekitar tahun 2009 lalu di’khabarkan kini sudah pun meletakkan jawatan atas isu yang sama di’hadapi Harun Salim Bachik.

Apa tindakan Harun Salim Bachik seterusnya selepas ini? Khabar yang seakan sahih kami terima mengatakan beliau bakal meletakkan jawatan tidak lama lagi dan kini hanya menunggu masa yang sesuai.