Lama sudah nampaknya Rozita Che Wan menjanda.
Orang cantik seperti beliau ini amat patutlah mencari suami untuk anak-anak & jaminan masa hadapan.
Apabila di’tanya media tentang keinginan beliau untuk berkahwin, Rozita Che Wan menyatakan keinginan itu tetap ada.
Namun beliau tidak mahukan sebuah hubungan yang penuh dengan gossip & melibatkan pihak ketiga.
“Cukuplah sebelum ni saya hampir-hampir nak kena pukul selepas dikaitkan dengan suami mereka. Saya dah serik. Tak nak diserang lagi.”
Rasanya masih ramai lagi ingat akan gossip hebat melanda Rozita Che Wan & Datuk K. Tetapi kami pasti, Siti Nurhaliza bukan penyerang orangnya.
Baguslah kalau beringat sebelum kena. Ada baiknya juga pilih orang-orang kalangan biasa yang baik budi pekerti & tetap kerjanya.
Golongan korporat & VIP ini selalunya sudah terbiasa dengan sifat mahukan sesuatu dengan taburkan wang ringgit.