“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Terkejut juga kami apabila membaca tulisan terbaru seorang penulis hiburan terkemuka Malaysia hari ini tentang selebriti yang liat membayar hutang.
Jika membaca clue yang di’berikan — selebriti wanita popular berdekad-dekad & suami’nya seorang ahli korporat berjaya, tulisan penulis hiburan tersebut seolah-olah di’tujukan buat Siti Nurhaliza & Datuk K.
Al-kisahnya, selebriti ini di’katakan meminjam sejumlah besar wang untuk menjayakan projek terbaru’nya. Bagaimanapun, khabarnya si selebriti liat nak bayar balik pinjaman, jadi orang bank sudah tercari-cari.
Dulu, masa nak buat pinjaman pandai berjanji itu, ini tapi apabila sudah dapat duit, batang hidung pun tak nampak. Kan malu apabila orang bank sudah mula buka mulut.
Penulis hiburan tersebut turut menulis yang selebriti ini memiliki berbagai-bagai kereta mewah & tinggal dalam sebuah rumah bak istana kayangan.
Siapa lagi pasangan artis Malaysia & ahli korporat tersohor mampu memiliki semua itu, kalau bukan…?