fbpx

(Gossip) Cinta Tiga Segi Pengacara Sehati Berdansa?

Setiap hari ada sahaja cerita tentang Scha al-Yahya, risau aku di’buatnya. Risau orang akan menyampah atau bosan.

KOSMO! hari ini mengeluarkan satu berita yang seakan menyokong tulisan aku beberapa hari lepas. Hubungan Scha al-Yahya & Fahrin Ahmad bagai telur di’hujung sudu.

Cuma dalam tulisan wartawan tersebut, Scha & Fahrin putus beberapa hari selepas hari raya tempoh hari. Maksudnya masih baru lagi hubungan mereka terlerai.

Garis masa yang tidak konsisten ini menimbulkan satu keraguan, adakah khabar-khabar angin sebegini di’timbulkan untuk menarik perhatian terhadap Sehati Berdansa musim ke-3?

Ada satu khabar angin terbaru yang mengatakan sekarang Scha al-Yahya & Awal Ashari sedang di’lamun cinta. Berita yang mengatakan Awal Ashari sekarang sedang hangat bercinta di’katakan merujuk kepada hubungan beliau dengan Scha al-Yahya.

Teman rapat Awal Ashari di’katakan sedar akan hubungan ini apabila Awal & Scha saling berbalas status messenger di’Blackberry mereka.

Jika benar seperti apa yang didakwa, maka program Sehati Berdansa tahun ini akan lebih dahsyat kerana melibatkan pengacara yang terlibat dalam cinta tiga segi. Kasihan Fahrin.