Kredit Foto Tanpa Prejudis: Hidayah Obest

Ahh! Kenikmatan kembali ke dunia internet setelah dua hari bertarung dengan masa & keluarga untuk jaminan masa hadapan. Doakan semuanya baik-baik sahaja buat kami.


Terima kasih buat AndyHowtt yang menitip khabar terbaru tentang rancangan realiti yang semakin nan hado ini.

Penulis hiburan di Berita Harian ada menyampaikan khabar konon’nya Raja Rock Malaya, Amy Search bakal mengepalai Akademi Fantasia 9 (AF9).

Sebagai seorang yang meminati gaya stylo & lenggok suara Amy Search, kami menyambut baik jika benar Amy Search terpilih menjadi pengetua AF9.

Tetapi, harap’nya pihak Astro boleh mempertimbangkan semula pro & kontra untuk meneruskan program realiti televisyen ini.


Bukan apa, kami sendiri sebenarnya naik bosan dengan gimik & agenda yang sama setiap tahun. Setiap musim janjikan perubahan, namun hampa.