Gossip: Aktress Popular Mengaku Sudah Mempunyai Madu, Tinggal Berasingan

Seperti biasa, gambar di’sebelah hanya hiasan semata mata dan tiada kaitan secara langsung atau tidak dengan gossip yang kami bawakan ini. Dan, gossip ini bukan satu perkara baru untuk mereka yang ikut perkembangan.

Kisah rumahtangga pasangan ini sudah berkali kali menjadi bahan bualan para peminat hiburan Malaysia sehingga status sebenar perkahwinan mereka menjadi tanda tanya.

Satu per satu kisah yang kurang enak keluar dari mereka yang rapat dengan aktress popular ini — apatah lagi spekulasi daripada para peminat yang hanya memerhati dari jauh.

Terbaru, aktress popular ini di’katakan sudah mengaku kepada beberapa teman rapat beliau yang mana sang suami kini sudah pun berkahwin lain dan berita yang mengejutkan selebriti itu di’terima ketika majlis hari jadi anak beliau.

Seorang aktivis gossip di forum hiburan popular, Cari menulis yang aktress popular ini pernah mengungkapkan kata kata seakan redha dengan apa yang terjadi kerana perkara yang lebih penting ketika ini adalah anak. 

Memang kena prinsip yang aktress popular ini pegang kalau benar apa yang di’sampaikan kerana khabarnya sang suami pun sudah tidak tinggal bersama — maka tinggal’lah si isteri menjaga & mencari rezeki buat si anak yang masih kecil. Hmm.