Jujur kami kata, memang kami tidakmengikuti kalendar giliran pemberian anugerah atau gelaran mana mana negeri tetapi berita selebriti terima gelaran seperti bermusim.

Musim terakhir adalah ketika Hattan menerima gelaran Datuk sekitar April 2012 yang lalu dan kini seorang lagi rakan artis di’khabarkan bakal bergelar Datuk.

Tahan nafas anda, ya Mingguan Malaysia hari ini menulis yang ada khabar mengatakan Ajai atau nama sebenar beliau Faizal Maas bakal menerima gelaran Datuk.

Seperti biasa, pasti ramai yang bertanya apakah sumbangan selebriti seperti Ajai kepada negara sehingga mampu menerima gelaran Datuk. Masih misteri sebenarnya sehingga kini.

Jangan kecil hati Ajai, bukan mempertikai sumbangan anda kepada dunia muzik selama ini dan kami bukanlah orang yang layak mengadili sumbangan muzik anda.

Tahniah awal buat Ajai kalau perkara ini benar belaka & jangan segan silu khabarkan kepada kami berita baik ini nanti. Heh.