fbpx

Gossip: Agnes Monica & Julia Perez Bakal Berlakon Filem Di Malaysia?

Kalau apa yang kami dengar ini benar belaka, maka Zed Zaidi akan mempunyai perkara baru untuk di’fikirkan. Salah seorang figura ikonik Indonesia ini bakal ke Malaysia.

Dengar dengar daripada mereka yang terlibat di’sebalik tabir industri perfileman Malaysia, Agnes Monica kini di’khabarkan sudah sah bakal turun ke Malaysia Oktober ini.

Ikon hiburan Indonesia itu telah bersetuju untuk berlakon dalam sebuah filem aksi di’sini yang bakal di’terbitkan oleh produksi tempatan 100%. Hebat belanjawan yang mereka ada.

Produksi yang sama juga sebenarnya kini sedang mengintai peluang untuk turut membawa Julia Perez ke Malaysia untuk membintangi sebuah filem terbitan mereka.

Jika anda tidak kenal siapa Julia Perez, bayangkan sahaja sebagai simbol seks industri hiburan Indonesia dan ya, sering mencetuskan kontroversi ala Azwan Ali.

Dalam keadaan industri filem Malaysia yang semakin tidak menentu hari ini, masih ada pihak yang berani menjudikan duit mereka membawa masuk nama besar untuk produk mereka.