fbpx

Good Morning, Awal Ashaari!

UPDATE: Awal Ashaari Akan Adakan Sidang Media Malam Ini (mStar Online)

Selamat pagi Awal Ashaari! Bagaimana hari anda 24 jam yang lalu, dengar kata kamu jalani terapi untuk tenangkan diri.

Jangan risau, dunia belum berakhir dek kerana insiden malam kelmarin. Jika ada peminat tanya, jawab’lah sejujur mungkin.

Kami ada perasaan yang sangat kuat yang Fahrin Ahmad ketika ini sedang geli perut melihatkan apa yang terjadi selepas kamu mendakwa beliau sebagai gila seks.

Jika ada wartawan tanya juga tentang Scha al-Yahya, jawab juga sejujur mungkin. Jangan biar kata-kata makan diri sendiri selepas ini.

Untuk selebriti urban seperti kamu Awal Ashaari (mahu pun Scha al-Yahya, Qi, Juliana Evans), pergi clubbing bukanlah perkara besar untuk kami.

Kami akan tetap tonton final Sehati Berdansa atau mana-mana karya lakonan kamu semua. Kami tidak ramai artis berbakat sebagai pilihan.

Yang ikhlas, penulis blog gossip yang masih sayangkan kamu Awal Ashaari (dan yang lain-lain). Kamu semua masih awesome.