fbpx

Ameera Khan, Jefri Nichol Berpegangan Tangan

Nampaknya nama pempengaruh media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan apabila tular video memaparkan dia berpegangan tangan dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol.

Perkongsian berkenaan sekaligus menimbulkan teka-teki mengenai status hubungan mereka berdua yang sebelum ini didakwa bercinta.

BACA: Neelofa Doa Ameera Khan Jumpa Suami Yang Sempurna

Ameera turut mengulang siar video berkenaan di Insta Story miliknya. Dalam video itu. tangan Ameera dipegang Jefri dan kedua mereka tersenyum manis apabila disapa pemilik video berkenaan.

Malah, Ameera turut mengakui gembira berada disana. Difahamkan, video berkenaan dirakam ketika Ameera berada di Jakarta baru-baru ini.

“Gembira di sini,” tulisnya ringkas di Insta Story.

Terdahulu, Ameera dan Jefri pernah menyulam cinta namun hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas pempengaruh itu tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.

Namun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka dikhabarkan kembali bertaut selepas aktor itu menghubungi Ameera menerusi panggilan video.

SUMBER: Kosmo