fbpx

Goncang Tangan Anak, Syatilla Melvin Dituduh Kasar

Selain Yusof Iskandar dan Lara Alana, anak kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin iaitu Syeriv Samheizy juga menjadi perhatian di media sosial.

Memang ramai yang suka melihat keletah comel anak sulung pasangan tersebut. Akaun Instagram Syeriv juga sekarang ini sudah mencecah 467 ribu pengikut.

Namun, baru-baru ini nama Syatilla menjadi bualan apabila sebuah video yang dimuat naik di Instagram Syeriv menunjukkan Syatilla menggoncangkan tangan anaknya dengan kasar.

Dalam video tersebut Syatilla hanya ingin bergurau dengan anaknya. Rata-rata netizen yang menonton mengecam dan mendakwa tindakan tersebut boleh mendatangkan kecederaan pada bayi yang masih kecil.

Sumber: Cari Forum