fbpx

Gmie Screen Meninggal Dunia

Awal pagi tadi industri hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie kira-kira jam 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Memetik laporan Astro Awani, anak Allahyarham, Siti Hadirah berkata ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan beberapa hari sebelum ini.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen dengan lagu Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa. Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.