Agak lama kami tidak menulis tentang Girl’s Generation (SNSD) & kebetulan hari ini mereka mempunyai kisah baru untuk di’sampaikan. Kumpulan sensasi pop Korea ini melancarkan video muzik terbaru.


Hari ini, Girl’s Generation tampil dengan video muzik untuk Paparazzi yang di’hasilkan khas untuk pasaran Jepun. Dan, khabarnya video muzik ini merupakan produksi dalam skala yang paling besar.

Video muzik Paparazzi ini melibatkan 120 pekerja dengan lebih 300 orang terlibat sebagai mereka yang menjadi watak tambahan selain 30,000 biji mentol lampu untuk beberapa buah set penggambaran.