fbpx

Girls’ Generation Bakal Jadi Wajah Setem Korea Selatan, Jual Ogos 2012

Oh ini bukan sekadar setem buatan peminat untuk memenuhi koleksi mereka, ini setem yang mendapat persetujuan sebuah kementerian penting di Korea Selatan.

Kumpulan pop Korea Girls’ Generation (SNSD) akan menjadi artis pertama di’abadikan salam setem yang bakal terjual kepada peminat mulai Ogos 2012 ini.

Baru baru ini, Korea Post di’bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi Berasaskan Pengetahuan menyebut yang mereka merupakan yang pertama tampil dengan setem selebriti.

“Kerana populariti muzik pop Korea & kesan’nya di seluruh dunia hari ini, kami bersetuju untuk menggunakan Girls’ Generation sebagai model pertama untuk setem ini” Kpop Starz memetik kenyataan Korea Post.

Setem Girls’ Generation ini juga di’keluarkan bersempena dengan ulangtahun kelima kelahiran kumpulan wanita ini & gambar daripada album ketiga mereka akan menghiasi setem selebriti mereka.