fbpx

Gimik ‘Langkah Orang’, Fazura Dikecam Tiada Adab?

Baru-baru ini berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2018. Pertunjukan fesyen oleh pelakon Nur Fazura antara yang paling menjadi perhatian apabila tampil dengan konsep lain dari yang lain serta menampilkan model berbadan gempal.

Rata-rata netizen memuji gimik persembahan Fazura yang dikatakan setanding pertunjukan fesyen antarabangsa sehinggakan penonton yang berada di situ semuanya berdiri dan teruja apabila melihat Fazura melangkah keluar.

BACA: Guna Model Berbadan Gempal, Fazura Sindir Faezah Elai?

Seperti sudah dijangka, pasti ada segelintir netizen melemparkan kata-kata negatif mengenai gimik tersebut dengan mengatakan Fazura bertindak kurang ajar kerana melangkah badan model yang sedang terbaring di atas pentas.

Ada dikalangan netizen mengkritik fesyen yang digayakan oleh Fazura yang dilihat seperti ahli gusti. Tidak kurang juga ada yang mengatakan disebabkan tindakan Fazura itu, nama suaminya, Fattah Amin turut terkena tempias.

Susah betul jadi selebriti, semua benda akan dipandang negatif. Fikir positif, mungkin betul apa kata netizen tiada ruang disitu dan jika betul mahu bertindak kurang ajar, Fazura dah langkah badan atau kepala setiap model.