fbpx

Giliran Ayu Damit Bertudung Penuh, Berhijrah

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba, boleh dikatakan ramai juga selebriti sudah mula berhijrah ke arah yang lebih positif dengan mula mengenakan hijab sepenuhnya. Baru-baru ini, giliran penyanyi kelahiran pertandingan One In A Million, Ayu Damit pula untuk bertudung.

“Saya sudah pasang niat lama nak menutup aurat dan Alhamdulillah kini saya anggap masa terbaik untuk bertudung,” katanya kepada Berita Harian.

Januari lalu, Ayu telah selamat melahirkan anak ketiga mereka yang diberi nama Syed Aqif Najmi. Isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharuddin itu sudah mempunyai tiga orang anak, hasil perkongsian hidup mereka.

Ayu juga memberitahu keputusannya untuk bertudung di laman sosial kerana ia merupakan salah satu platform yang mudah untuk berhubung dengan peminatnya. Semoga penghijrahan penyanyi ini bakal membawa kepada bahagia berpanjangan dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)