Geram Dengan Nadia, Penonton Ugut Pijak Perut & Sagat Muka Iman Suhana
Kemunculannya menerusi drama Takdir Yang Tertulis melonjakkan nama Iman Suhana. Kini membawa watak antognis dalam drama Sabarlah Duhai Hati, Iman terus menjadi sebutan ramai.
Bagaimanapun, Iman berkata watak Nadia yang dilakonkannya itu memberi kesan mendalam sehingga menghantar mesej ugutan di media sosial kerana terbawa-bawa dengan emosi.
“Alhamdulillah selepas Takdir Yang Tertulis, drama Sabarah Duhai Hati pula menjadi sebutan penonton…memang ramai yang geram dengan watak Nadia. Saya terima macam-macam mesej ugutan di laman sosial daripada penonton yang tak puas hati.”
“Ada yang ugut nak pijak perut saya, nak langgar dengan lori, sagat muka dekat jalan dan macam-macam lagi mesej menakutkan yang saya terima…mungkin mereka terbawa-bawa dengan emosi itu,” katanya.
Iman berkata pengikutinya di media sosial semakin bertambah dan mengakui ramai terkejut bahawa dia merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.
“Saya tidak pernah merahsiakan tentang keluarga, saya selalu tunjuk foto dan video bersama anak di Instagram.”
“Yang lucu apabila ada orang ingat saya muda lagi, mungkin sebab wajah macam budak-budak…padahal umur saya dah masuk 30 tahun. Alhamdulillah rezeki awet muda. Saya senyum sahaja baca komen-komen mereka,” ujarnya.
- SUMBER
- mStar Online
best budak ini berlakun.
kalah bini samsul, bini amar, bini arman tu.
X tgk drama ni sbb semua yg cast nya mak bdk dgn bapa budak. X dpt nak pisahkan realiti dgn lakonan diorg. Mcm dh x sesuai bg amira jd bdk sekolah etc.. try jugak tgk hari tu.
Maaf komen ikhlas.
Drama utk makcik2 bawang. Citer sinetron indon pun dah x guna karakter mcm ni utk jual drama. Penulis skrip melayu masih suka hiris bawang lg time pkp ni. Indon dah maju, drama Thai laa best, Filipina pun best. Drama melayu x sudah2 me layan angan2 makcik2 bawang
Makin lama drama/rancangan di tv makin very low class, yg skg ni cth man transform, kg colestrol….lemas tgok. Terus tukar chanel.
(Jgn nk ckp pegi buat drama sendiri pulak kalau pndai ckp)…really low minded.
Yg rohanies dgn cece maembong brlakon tu ok sikit bnding dgn yg ni. X ingat lak tajuk tp derita2 jugak. Aku tertengok jasmin hamid senduk kepala rohanies. Kuat kelengkukkk mcm tuu.. aku pulak rasa pening. Watak jasmin tu masih x boleh lawan mentua kasim selamat. Mak ngah tu masih terlalu sexy sgt utk watak tu. Korang tgk sendiri lah.
rep to penonton drama,
cukup derita itu best jgk sb ada jasmin [email protected] ngah, ruhainies pn ok cam kdg kelakar wataknya semua pelakon best..Nyek pn karaktor sadis dia tu mg blh layan…dah lama tak tgk drama melayu last tgk 7hari menyintaiku 2 lps tu duk ulang drama 7Hari tu la part 1/2.. ni baru stat layan cukup derita itu..mg pelakon2 semuanya best2
@pnonton drama betul.. sy pun try mula2 tu tp x msuk
Dia jadi budak sekolah tu utk 2 3 episod je utk related kan dgn kisah lepas dorg khwn..cerita byk lepas khwn..sbb tu pelakon semua dah khwn..xkan nak cari yg umo baru 20 jadi pengurus syarikat..nanti korg kata xlogik plak