fbpx

Dalam diam Watsons buat kejutan girls! Terus rasa tak sabar nak pergi Watsons. Tapi sebelum tu kami nak share lah dengan anda apa kejutan sebenar yang Watsons buat untuk pelanggan setianya.

Jangan tak tahu, kali ini Watsons tawarkan Syokathon promosi sehingga 50%. Siapa tak nak kan? Banyak tu. Lagi-lagi jika masuk sahaja Watsons ada sahaja barang yang nak dibeli, jadi inilah peluang terbaik untuk anda grab.

Kiranya beli sahaja barangan yang ada dalam Watsons sampai penuh bakul anda akan dapat potongan harga yang lagi berbaloi. Bukan itu sahaja, buat members Watsons akan dapat extra 30% lagi potongan harga. Memang jawabnya tak pandang kiri kanan dah kali tu, grab saja apa yang nak.

Dapat Kereta Percuma

Paling tak sabar kami nak share dengan anda ni, bukan sahaja promosi hebat dari Watsons, ada juga tawaran bawa pulang kereta Nissan Almera. Wow! Memang terus setia dengan Watsons lah jawapannya kalau dah dapat kereta Nissan Almera ni.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana cara untuk rebut peluang memenangi kereta Nissan Almera ni kan? Relax, biar kami bagi tahu. Caranya anda hanya perlu bayar barangan yang anda beli di Watsons melalui Touch n Go eWallet bila anda beli RM100 keatas (dalam satu resit sahaja). MUdah kan?

Selepas sudah buat pembayaran tu, berserah sahaja. Jika rezeki anda Nissan Almera bakal menjadi milik anda. Ini peraduan Ulang tahun ke-10 Members Watsons yang harus anda rebut. Tak senang nak dapat kereta percuma ni. Peraduan ini bermula dari 28 Julai sehingga 29 Julai sahaja. Siapa cepat dia lah tuan kereta percuma.

Ada Untungnya Bayar Melalui E-Wallet

Ha bagi anda yang kurang gemar bawa cash money tu, lebih baik anda bayar barangan anda dengan e-wallet sahaja. Sekarang zaman dah maju, scan sahaja dah siap payment anda.

Lagi menarik bila anda bayar sahaja dengan e-wallet ini anda juga akan dapat promosi sebanyak RM10. RM10 secara percuma yang anda dapat ni boleh digunakan di aplikasi Boost, GrabPay dan juga Touch n Go. Masing-masing ada kelebihannya. Nak tahu, jangan lupa tengok gambar di atas. Rugi kalau tak guna teknologi sekarang.

Pameran My Hair My Story

Sebenarnya jika anda nak tahu, Watsons bukan sahaja mengadakan promosi hebat yang buat anda rasa tak sabar nak berkampung di butik kecantikan no 1 Malaysia ni.

Watsons juga anda menyediakan Watsons Hair Fair untuk anda yang sentiasa menjaga kesihatan rambut anda. Tak kisahlah lelaki ke perempuan semua boleh terjah Watsons Hair Fair ni. Mana tahu lepas terjah rambut anda akan bertambah sihat dengan produk yang disediakan.

Yang penting di sana nanti akan dapat secara percuma trial pack 6ml jika anda membuat pembelian RM20 keatas untuk mana-mana produk penjagaan rambut. Bukan itu sahaja, banyak lagi yang anda akan dapat jika anda jejak sahaja kaki di sana nanti.

Perlindungan Insurans PERCUMA

Ahli Watsons kini boleh menebus insurans hayat percuma dengan perlindungan khas COVID-19. Bagi anda yang baru mendaftar sebagai Watsons members pun layak untuk menikmati faedah ini.

Eksklusif untuk ahli Watsons sahaja, dan terhad kepada 20,000 pendaftaran pertama sahaja. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari di sini.

Banyakkan promosi hebat yang kaw-kaw anda akan dapat? Yang penting jangan lupa rebut peluang memenangi kereta Nissan Almera secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Watsons. Ingat, jangan terlepas kereta percuma tu.