fbpx

Omg! Geng dah lama sangat dah tak layan konsert sejak-sejak PKP ni. Tapi kali ni mujurlah ada konsert yang selama ini kita semua nanti-nantikan.

Konsert Jelajah Suria kini kembali lagi dengan membawakan kelainan dan aura yang lebih WOW dalam Konsert Digital Jelajah Suria pada 24 Mac bermula jam 9 malam. Kiranya kali ini geng-geng Suria akan jelajah ke skrin telefon pintar korang.

Confirm konsert Suria kali ini lebih gempak walaupun hanya dalam skrin. Mana tak gempaknya bila barisan selebriti hebat yang akan menghiburkan korang.

Antaranya adalah Haqiem Rusli, Iman Troye, Dato Awie, Floor 88, Masdo, Lah Ahmad, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Farisha Iris dan Bob Sentuhan.

Dengar nama selebriti saja pun dah rasa tak sabar nak tonton konsert Suria ni kan? Korang boleh tonton secara langsung Konsert Digital Jelajah Suria di Facebook Suria FM, Youtube SuriaTV, aplikasi Suria Malaysia dan turut disiarkan secara langsung di frekuensi Suria FM.

Walaupun konsert ini berlangsung secara virtual, korang juga boleh berinteraksi secara langsung bersama penyampai Suria dan artis jemputan serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti pentas sepanjang konsert berlangsung.

Macam Mana Nak Rebut Wang Tunai RM300 Tu?

Eh lupa pula kami nak terangkan cara macam mana korang nak rebut RM300 dari geng-geng Suria ni.

Selain dari Konsert Digital Jelajah Suria yang bakal berlansung tak lama lagi, Suria FM juga turut melancarkan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 bermula 22 Mac hingga 9 April ini.

Buat peminat Suria FM, korang memang kena rebut peluang ini. Sebab syarat untuk memenangi RM300 setiap hari ini sangatlah mudah.

Korang hanya perlu memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria. Mudah kan?

Tapi kalau korang nak sertai peraduan ini, jangan lupa daftarkan maklumat peribadi dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana …… (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” di laman jelajah.suria.my.

Kalau korang terpilih, geng penyampai Suria akan menghubungi koramg dan secara automatiknya korang perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan.

Sekiranya gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya.

Peraduan ini akan dijalankan di kesemua lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta.

Jadi jangan buang masa lagi, nantikan segmen-segmen ini untuk rebut wang tunai bernilai RM300. Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Mudah sahaja cara nak sertai peraduan dari Suria ni, rugi kalau korang abaikan. Selamat mencuba nasib!