fbpx

Di sini mesti ramai geng kaki shopping kan? Tipu lah kalau tak ada geng shopping dalam ramai-ramai yang membaca ni. Kalau anda sejenis yang suka shopping, ini berita terbaik buat anda. Serius kami tak tipu!

Anda mesti pernah dengar or ternampak iklan mall baru di mana-mana kan. KL East Mall adalah mall milik Sime Darby Property sepenuhnya telah pun dibuka beberapa hari lepas dan yang paling best banyak gila barangan berjenama akan mendarat dalam mall ini.

Semuanya jenama yang terkemuka lah. Antaranya Harvey Norman, Jaya Grocer, Blue Ice Skating, Toys‘R’Us, BookXcess dan H&M. Memang sesuai untuk anda yang suka membeli belah. Kalau anda nak tahu jenama apa lagi yang akan dibuka di KL East Mall ni, jangan lupa klik di sini.

Dengar-dengar cerita Chef Wan juga bakal buka cafe dekat dalam KL East Mall ni. Uih!! Boleh lah anda rasa air tangan chef terkemuka ni, ada rezeki boleh bergambar dengan Chef Wan.

Yang paling tak sabar kami nak bagi tahu, kalau anda jejak sahaja kaki ke mall ini bermula hari ini sehingga 3 Januari 2021 anda akan disambut dengan ribuan batu kristal yang menghiasi sudut ruang pusat membeli belah ini. Lagi-lagi part pokok Krismas. Memang silau lah kalau tengok tu.

Memang kali tu anda boleh bergambar sebanyak mana yang anda mahu dengan pokok Krismas setinggi 24 kaki tu. Kiranya boleh jadi part OOTD anda lah. Confirm gambar cantik bila sudah ada pancaran batu kristal.

Ada Hadiah Juga Kalau Shopping Masa Ni


Jika tadi kami beri tahu apa yang ada di dalam mall terbaru ini, kali ini kami nak bagi tahu pula tentang hadiah yang anda akan dapat.

Bila anda membeli belah time opening ni, macam-macam anda boleh dapat. Memang berbaloi-baloi lah. Mana taknya anda akan dapat hadiah bernilai sehingga RM180,000, dan banyak lagi lah.

Paling menarik, anda boleh redeem Ceramic Canister yang eksklusif dengan berbelanja paling minimum RM250 (dalam satu resit) atau maksimum 2 resit sehari. Best kan, dapat masuk mall baru, dapat OOTD siap dapat hadiah lagi.

Tapi kalau anda berbelanja sebanyak RM50 pun dah boleh dapat hadiah. Anda boleh rebut hadiah bernilai RM5,000 dari Christmas Vending Machine. Memang terbaiklah. Kami pula rasa tak sabar nak pergi rebut hadiah ni.

Kalau anda nak tahu apa-apa mengenai mall baru ni jangan lupa muat turun aplikasi KL East Mall dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Pergi Mall Baru Tu Jangan Lupa SOP Pula

Ha jangan excited sangat nak terjah mall baru tu, ingat SOP jangan lupa. Tapi kalau anda lupa pun staff KL East Mall pasti akan ingatkan anda. Mana tak nya, nak masuk sahaja anda harus check suhu, muat turun MySejahtera untuk scan maklumat peribadi anda.

Paling strategik dengan mall 4 tingkat ini, setiap sudut ada tempat yang mengikut SOP seperti tempat membasuh tangan.

Ingat shopping-shopping juga SOP jangan lupa kena ikut, baru lah selamat kita semua. Anda mesti tak sabar kan nak pergi mall baru ni.