fbpx

Genap Setahun Perkenalan, Isa Khan Hadiahkan Audi Buat Risteena

Beruntungnya Risteena apabila tunangnya, Isa Khan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi sempena ulang tahun pertama percintaan mereka. Lebih bermakna, kereta tersebut didatangkan dengan nombor pendaftaran istimewa ‘US I54’.

Turut berkongsikan video ulang tahun pertama percintaan mereka, Risteena berkata dia berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh tunangnya itu. Risteena turut menzahirkan rasa cintanya pada Isa yang semakin hari semakin mendalam.

BACA: Risteena, Isa Khan Rancang Nikah Hujung Tahun Ini

https://www.instagram.com/p/CBp-3a8JUY4/?utm_source=ig_embed

“Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang istimewa, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, tapi awak berjaya lakukan.

“Ini kejayaan awak, sayang. sentiasa bangga dengan awak. Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. Sumpah!” tulisnya.

Kata Risteena lagi, dia juga berjanji untuk sentiasa ada dengan Isa dalam apa juga keadaan tidak kira ketika senang mahupun susah. Ujarnya lagi, disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya.

“Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekali pun. Saya gembira bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang.

“Saya akan terus ada sehingga awk capai semua impian awak, sayang. Saya janji,” tulisnya.

Mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia, pasangan itu merancang untuk bernikah pada November atau Disember ini, bagaimanapun, perancangan itu bergantung kepada situasi semasa sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berterusan.