fbpx

Ramadan kali ini sudah pastinya berbeza buat penyanyi Nabila Razali apabila pertama kali menyambut sebagai isteri. 

Menerusi program bual bicara di televisyen baru-baru ini, Nabila teruja menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Nik Iruwan namun mengakui tidak dapar lari daripada perasaan gementar.

BACA: Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali Sedap, Sempurna

“Sebenarnya sebelum kahwin kami ada berbincang tentang persiapan menyambut Ramadan. Maklumlah saya sebelum ini misalnya bangun sahur disediakan ibu atau buat saja untuk diri sendiri.

“Tapi apabila sudah berkahwin saya kena tahu apa yang suami suka, jaga pakai makan dia. Jadi macam untuk persiapan sahur Ramadan hari pertama saya masak nasi goreng.

“Tapi sebab gementar dan takut terlajak atau tak sedar waktu sahur, saya masak nasi goreng pukul 2 pagi. Itu dah macam supper bukan sahur,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata suaminya seorang yang tidak cerewet mengenai makan sahur cukup sekadar kurma dan minum air.

“Padahal suami saya rupanya jenis orang yang cukup makan kurma dan minum air waktu bersahur. Sebenarnya amalan ini juga memudakan saya,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak