fbpx

Gelar Isteri Pelacur Vietnam, Caprice Cari Lelaki Ini

Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis meluahkan rasa berang apabila menerima komen daripada individu yang menggelarnya pelacur Vietnam.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Farra turut mendedahkan komen lelaki tersebut susulan penampilannya yang tidak menutup aurat.

BACA: Caprice Dedah ‘Orang Kanan’ Ebit Lew Dah Mula Sedar

Bagaimanapun, Farra tidak hanya berdiam diri sebaliknya memberikan nasihat kepada lelaki tersebut supaya tidak ‘membawang’ serta turut menyindir lelaki berkenaan.

“Cakap aku pelacur Vietnam? Kau orang ke binatang. Aku keliru sebab dalam gambar pun dekat kandang lembu,” tulisnya.

Nampaknya, ia tidak hanya terhenti disitu apabila Caprice pula dilihat ada memuat naik status di Insta Story menggesa lelaki tersebut supaya menghubunginya.