fbpx

Gaya Tudung ‘Beanie’ Yuna Dikritik Tak Tutup Aurat, Nampak Leher

Pasti ramai masih ingat lagi dengan penampilan penyanyi terkenal, Yuna di awal kemunculannya di dalam industri hiburan tanah air yang menggayakan tudung bawal. Kemudian Yuna tampil dengan imej turban.

Meskipun imej turbannya itu sering dikritik kerana tidak melambangkan ciri seorang Muslimah, namun Yuna tidak mempedulikan apa yang diperkatakan netizen. Namun, baru-baru ini Yuna dilihat bertukar imej dengan menggayakan Beanie pula.

BACA: Yuna Pernah Didesak Buka Tudung, Dedah Tubuh Untuk Popular

Meskipun ramai yang memuji imej tersebut yang kelihatan cantik, namun ada yang kurang senang melihat gaya tersebut yang menampakkan bahagian lehernya. Malah ada yang menyangkakan tudung yang digayakan itu seperti rambut.

Tidak kurang juga ada netizen meluahkan rasa rindu untuk melihat penampilan Yuna di awal kemunculannya yang dilihat lebih cantik dan nampak sopan. Bagaimanapun, ada yang mengatakan fesyen seperti ini lebih baik berbanding turban yang lebih nampak leher, telinga dan rambut.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa bimbang jika suatu hari nanti giliran Yuna pula membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja dan jangan asyik beri komen negatif sahaja.