Gaya Rambut Kekasih Dikritik, Shila Amzah Bawa Ubai Buat ‘Make Over’

Selepas mengakui menjalin hubungan cinta dengan Shila Amzah, influencer terkenal, Ubai sering menjadi perhatian ramai sehingga ada yang mengkritik gaya rambut mangkuknya atau ‘bowl cut’.

Malah, rata-rata netizen mengatakan gaya rambut tersebut menampakkan Ubai seperti budak-budak serta memberi cadangan supaya menukar gaya rambutnya.

BACA: “Awak Beri Saya Bahagia, Tawa & Cinta” – Shila Amzah Titip Ucapan Istimewa Buat Ubai

Nampaknya, Shila sendiri yang telah membawa Ubai ke salon rambut untuk menukar gaya lama rambut kekasihnya kepada yang baru.

@shilaamzahofficial

Rambut @Ubai Mz Kena hijack Dengan sha ? Siapa boyfriend or suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam Kat saloon ?

? Miss you – Official Sound Studio

“Rambut kena hijack dengan Sha. Siapa teman lelaki atau suami korang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam kat saloon,” tulisnya.

Sementara itu, Shila bertanyakan kepada netizen sama ada mereka sukakan atau tidak penampilan terbaru Ubai itu. Ujarnya, dia mengakui rambut baru kekasihnya itu.

Perkongsian Shila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpuas hati dengan perubahan gaya rambut Ubai yang dilihat lebih matang dan kacak.

Sementara itu, netizen turut tumpang bahagia melihat Shila gembira bersama kekasih hatinya itu serta mendoakan pasangan itu bahagia.