fbpx

Gaun Pengantin Mira Filzah Ambil Masa 500 Jam Untuk Disiapkan

Semalam berlangsung penuh meriah majlis resepsi pertama Mira Filzah bersama suami, Wan Emir Astar di Le Meridien, Putrajaya. Majlis sebelah pengantin perempuan bertemakan galaksi itu ternyata membuatkan ramai terpesona.

Ramai yang memuji keindahan pelamin pasangan itu yang semangnya cukup cantik dan memukau. Namun, lebih mencuri perhatian adalah gaun yang digayakan Mira Filzah. Malah, ramai memuji meskipun tampil simple tanpa mahkota mahupun bunga di tangan, Mira tetap tampil menawan.

BACA: “Saya Mungkin Bintang Popular Tapi Ada Kekurangan, Bimbing Saya Sampai Syurga”

https://www.instagram.com/p/CEtygQ8H284/?utm_source=ig_embed

Difahamkan, rekaan baju resepsi Mira Filzah direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Fiziwoo. Menerusi perkongsian di Instagram, gaun pengantin itu mengambil masa 500 jam untuk disiapkan. Menariknya, ia diinspirasikan dari Arabesque Motifs yang merupakan sebuah elemen asas seni Islam.

Bentuk hiasan itu terdiri daripada hiasan permukaan berdasarkan corak linier berirama menggulung dan menjalin dedaunan, sulur atau garis polos.

Melihat di ruangan komen pereka fesyen itu, ramai yang memuji kecantikan busana tersebut dan merupakan gaun yang sempurna untuk perkahwinan.