fbpx

Gary Mengaku Tinggalkan Running Man Untuk Kahwin

Tahun 2016, peminat Running Man dikejutkan dengan berita Kang Gary membuat keputusan menarik diri dari rancangan tersebut untuk memberi fokus dalam bidang nyanyian.

Namun, dalam satu temu bual baru-baru ini, Gary mengakui dia menarik diri untuk berkahwin dan kini melalui fasa seterusnya sebagai seorang bapa.

“Secara jujurnya, saya sangkakan dapat fokus dalam nyanyian selepas kelahiran anak saya. Tapi sebenarnya sukar untuk melakukan kedua-duanya.”

“Mungkin sekarang saya bergelar bapa di usia muda dari yang sepatutnya. Tapi tidak kira apa pun, asalkan saya ada isteri dan anak disisi, tiada apa yang saya takuti.”

Gary juga mengakui selalunya dia akan kongsikan segala perkara dengan ahli Running Man yang lain, namun tidak tentang berita perkahwinannya.

“Saya sering kongsikan berita gembira kepada ahli ‘Running Man’, tetapi saya sebenarnya tidak mahukan majlis perkahwinan. Perkahwinan adalah tentang penyatuan hati, jadi saya tidak suka perbualan mengenai tempat perkahwinan, hadiah dan gambar.”

Sumber: Soompi