fbpx

Gara-Gara Panic Buying, Shaheizy Sam Tawar Roti Secara Percuma Di IG

Sejak PKP 1.0 bekalan roti agak terhad dan pasti akan menjadi rebutan ramai. Sudah memasuki PKP 3.0, nampaknya masih ada lagi kalangan rakyat Malaysia yang ‘panic buying’.

Termasuklah pelakon terkenal, Shaheizy Sam yang mengakui dia telah membeli bekalan roti dalam jumlah yang banyak gara-gara panic buying.

BACA: Zaman Glamor Dah Berlalu, Shaheizy Sam Tak Malu Niaga Di Bazar

Menerusi satu perkongsian di Instagram, disebabkan kuantiti roti yang terlalu banyak dan bimbang akan rosak, Sam terpaksa menawarkan roti tersebut secara percuma buat pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

“Haa ni baru orang cakap padan muka. Dok panic buying beli satu kedai punya roti aku sapu. Tapi sebelum rosak sendiri nak kena bagi orang, nak bagi rumah sebelah semua dah ada roti. Rumah-rumah lain semua dah ada roti. Memang semua orang makan roti ek?” katanya.

Dalam pada itu, menerusi entri berkenaan Sam sempat bertanyakan soalan kepada pengikutnya kebiasaannya makan roti dengan apa.

Bagus juga sedekahkan kepada orang ramai daripada membazir dan akhirnya roti tersebut rosak. Apa pun diharap lepas ni janganlah panic buying lagi.