fbpx

Ganjaran Tunai RM100,000 Jika Anda Berjaya Hack Kod Misteri Ini!

Kalau anda jenis yang suka selesaikan misteri, ini ada satu tawaran menarik untuk anda. Bukan setakat tawaran, tetapi misteri ini memang sukar untuk diselesaikan. Yang paling best, jika anda berjaya ganjaran RM100,000 menanti anda.

Ini serius. Lihat kod misteri di bawah ini, ianya mempunyai 3 bahagian untuk diselesaikan.

Apa yang kami boleh katakan di sini untuk membantu anda selesaikan kod misteri ini adalah ianya dijana dengan sistem penyulitan (encryption) gred tentera AES256.

[showhide type=”pressrelease” more_text=”Klik Untuk Lihat Kod Misteri” less_text=”Klik Untuk Sembunyi Kod Misteri” hidden=”yes”]

[/showhide]

Okay, berani sahut cabaran?

Jika anda berjaya selesaikan kod tersebut, hantar jawapan anda ke [email protected] dan jika jawapan anda tepat, anda akan terima RM100,000 secara TUNAI!

Anda perlu menghantar jawapan anda sebelum 17 September 2015 (0000hrs) dan pihak penganjur akan menghubungi anda jika terpilih dengan jawapan tepat yang diberikan.

Mereka juga akan meminta anda melakukan demo bagaimana anda dengan bijak boleh selesaikan kod tersebut untuk pengesahan. Untuk RM100,000 ini semua perkara kecil. Selamat berjaya dan jangan lupa belanja kami jika menang nanti.

Maklumat lanjut tentang terma & syarat penyertaan boleh rujuk di laman khas pertandingan ini.