fbpx

Kalau cakap pasal Korea, rata-rata nak pergi Seoul dan juga Jeju kan? Tapi kalau anda nak tahu, Korea sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik! Antaranya ialah Gangwon!

Bulan lepas admin dijemput untuk join trip muslim friendly ke Gangwon, Korea ni. Seronok gila dan yang paling best, dapat pergi masa winter! Yeay salji!

Pulau Nami Lengkap Dengan Makanan Halal Dan Surau Yang Selesa Sekarang!

Hari pertama admin sampai terus dibawa ke Pulau Nami! Fuh pergi masa musim sejuk, memang seronok lah kan? Angin menghembus rambut kita fuh feeling macam dalam K-drama lah!

Yang paling best, Pulau Nami kini lengkap dengan mussolla dan juga kedai makanan halal! Kemudahan yang disediakan tu memang selesa dan luas tau. Di tempat yang sama juga ada disediakan playground untuk kanak-kanak! Sangat-sangat cantik, kita yang dewasa ni pun teringin nak main sekali.

Ini merupaka antara menu yang admin cuba dekat sini. Beef bulgogi dengan nasi. Portion dia agak banyak dan daging tu menimbun! Berbaloi tau. Ada juga menu lain seperti mee tomyam yang anda boleh cuba!

Vivaldi Park Beli Kelainan, Ada Resort, Hotel Dan Juga Mall Di Satu Tempat!

Kemudian, kami dibawa pula ke Vivaldi Park! Dekat sini lagi best kalau dapat duduk 2,3 hari sebab semua benda ada dekat sini. Nak duduk resort pun boleh, nak duduk hotel pun boleh. Ada mall, tempat makan halal, surau semua pun ada!

Dekat resort ni ada kelengkapan yang cukup untuk anda memasak tau. Satu bilik boleh muat 4-5 orang. Siap ada tatami kalau ada yang nak mencuba tidur secara traditional.

Aktiviti yang ada di Snowy Land, Vivaldi Park ni Sesuai untuk keluarga sebab ada aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Untuk remaja boleh lah cuba untuk main ski manakala untuk kanak-kanak, ibu bapa yang ada anak kecil boleh la cuba bermain rafting!

Ada tiga jenis rafting yang anda boleh cuba, iaitu bermain secara individu, yang boleh turun serentak dengan kawan-kawan anda dan yang last sekali dalam boat! Seramai 6 orang boleh dimuatkan dalam tu. Memang pengalaman yang admin takkan lupakan lah!

Ini merupakan surau atau musolla yang ada dekat Vivaldi Park ni.

Dan ini pula merupakan kedai makanan halal yang anda boleh cuba! Nasi goreng Dalkgabi ni sedap gila!

Dapat Usap Alpaca Dekat Alpaca Land! Gebunyaaa!

Kredit Instagram : @hahanybunch

Dulu selalu tengok dalam tv je, bila dapat jumpa depan-depan, excited bukan main! Alpaca-alpaca ni comel sangat dan jinak!Anda boleh juga kasi mereka makan bila menaiki alpaca train ni tau. Just duduk je dan tunggu sampai kat Alpaca tu.

Nak bawak Alpaca jalan-jalan pun boleh!

Dapat Tengok Hongcheonggang Ggong Ggong Festival Pula Tu!

Kalau pergi musim sejuk pada bulan Januari, anda akan berkesempatan untuk rasai sendiri pengalaman di Hongcheonggang Ggong Ggong Festival ni. Boleh tangkap ikan trout, bakar fresh-fresh dan terus makan dekat situ! Festival ni setahun sekali je tau jadi rugi kalau tak cuba.

Disebelah malam pula kami dinner grilled tofu! Rasa dia memang berbeza dengan rasa tofu dekat Malaysia sebab tofu ni memang homemade tau. Walaupun nampak biasa tapi percayalah, memang sedap teruk!

Admin Dapat Petik Dan Makan Korean Strawberry!

Bagi yang tak tahu, Korean Strawberry ni memang sedap sangat-sangat! Jarang lah tak manis dan sizenya memang besar-besar! Kalau dekat Malaysia harganya agak mahal jadi bila dapat makan dekat sini fresh-fresh memang teruja lah!

Anda pun boleh cuba, hanya datang ke GUMHA FARM ni. Boleh makan sebanyak mana yang anda mahukan. Hanya 10,000 KRW tau untuk 1 jam! Memang berbaloi!

Bukan Ice Hoki, Tapi Curling! Syok Habis!

Bagi yang tak tahu, curling ni merupakan salah satu game dekat Olympic tau dan pasukan Korea berjaya mendapatkan pingat silver pada olympic PyeongChang dulu! Satu pasukan kena ada sekurang-kurangnya 6 orang. Memang seronok. Tapi kalau nak pergi, anda telefon untuk reservation dulu okay?

Make a wish di Wish Tree Dan Shopping Di Gangneung Jungang Market@ Wolhwa Street!

Anda boleh lah make a wish dan gantung kat pokok ni! Segala alatan disediakan di kaunter informasi bersebelahan dengan pokok ni. Ha lepas tu boleh lah shopping dekat Gangneung Jungang Market ni. Boleh try street food dan juga shopping-shopping.

Dapat Pakai Hanbook Diraja Weh! Bukan Biasa-Biasa!

Kalau selalunya korang pakai hanbook yang biasa tu, kalau anda pergi Ojuk ni, anda boleh cuba pakai Royal Hanbook! Merasa lah jadi maharaja,permaisuri dan juga puteri raja! Fuh memang segak habis lah.Rasa macam dalam cerita dulu-dulu!

Anda juga boleh bermalam di Ojuk Hanok Village ni. Best gila sebab korang dapat rasai sendiri pengalaman tidur atas tatami tu. Rasa warm-warm gitu ha walaupun dekat luar dah -12celcius!

Ada Kelas Buat DIY Seafood Bibimbap! Yeay!!

Bagi yang berminat, anda boleh la masuk class ni untuk belajar sendiri macam mana nak buat bibimbap!Jangan risau, sebab bahan yang digunakan adalah seafood dan minyak sayuran. Jadi memang menu yang disediakan tu muslim friendly!

Tengok Permandangan Laut Dari Dalam Kereta Api! Cubalah Naik Sea Train!

Paling syok dapat naik train sambil tengok permandangan dekat luar. Ada tempat-tempat yang train akan slow down dan kasi kita nikmati permandangan tu.

Steam Crab Untuk Dinner Ni Memang Terbaik!

Admin memang bersyukur betul la dapat rasa snow crab yang sedap tak terkata ni! Harganya agak mahal tapi anda boleh lah get ready kumpul duit kalau nak try makan dekat Korea ni.

Banyak Info Menarik Di K-Style Hub!

Kalau anda berada di Seoul, sebelum nak memulakan perjalan ke tempat lain, baik anda singgah dulu di K-Style Hub ni. Anda boleh rasai dulu pengalaman 360 tempat-tempat yang anda nak lawati tu.

Yang paling penting, ada ruang solat yang selesa!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh ketahui dengan lebih lanjut mengenai makanan, pusat kecantikan, scan kulit anda dan macam-macam lagi! Boleh amik gambar dengan artis Korea kegemaran ramai, Big Bang, Psy dan lain-lain!

JOM PERGI GANGWON! Syokkkk!


Jadi yang masih lagi mencari-cari tempat musim sejuk yang baru tu boleh lah Gangwon! Confirm tak menyesal!Terima kasih Korean Tourism kasi admin chance nak rasa winter dekat Korea! Memang terbaik!