fbpx

Gangnam Blues: Perebutan Tanah Antara Kongsi Gelap Era 70’an Di Korea

Kalau anda selalu mendengar Seoul sebagai kawasan paling terkenal di Korea Selatan, Gangnam pasti pernah terlintas sebagai kawasan elit kediaman para selebriti dan orang berada di sana. Dan, ini menjadi latar filem Gangnam Blues.

Namun bukan pada hari ini, Gangnam Blues menceritakan bagaimana perebutan tanah dan kuasa di sekitar kawasan Gangnam pada tahun 1970’an di mana ketika itu jumlah penduduk di Seoul sudah terlalu padat dan mereka memerlukan kawasan pembangunan baru.

Article Lead - wide6665256813olelimage.related.articleLeadwide.729x410.13olg8.png1424841801693.jpg-620x349

Cerita dimulakan dengan dua orang beradik Yong-ki (lakonan Kim Rae-won) dan Jong-dae (Lee Min-ho) yang bertemu di rumah anak yatim dan membesar bersama seakan adik beradik sebenar.

Selepas rumah atau lebih nampak seperti pondok yang didiami mereka dirobohkan, mereka berdua terpisah arah dengan Yong-ki terus menyertai dunia kongsi gelap terancang yang turut melibatkan ahli politik berkuasa manakala Jong-dae tinggal dengan ayah angkat Kil-su (lakonan Jung Jin-young) yang merupakan bekas gangster.

Gangnam Blues

Takdir menulis yang mereka bertemu kembali selepas lebih dewasa namun dalam dalam ideologi yang bertentangan. Walaupun persahabatan mereka masih utuh, dan membolehkan mereka memanipulasi kedua dua belah pihak untuk mengambil alih Gangnam, krisis antara mereka tetap tidak dapat dielakkan — hanya soalan siapa yang akan menikam belakang siapa dahulu.

Filem Gangnam Blues tidak memberikan persembahan yang luar biasa dalam genre filem sebegini namun ianya cukup baik sebagai sebuah filem keluaran Korea. Banyak adegan yang boleh kita nampak menekankan soal ini.

2015 - Gangnam Blues 2

Babak babak menyentuh jiwa tetap ada dengan selingan jenaka sinis selain babak bertarungan dan aksi antara kumpulan gangster yang cukup menarik dan penuh dramatik buat kami. Durasi 2 jam tidak kami rasakan sepanjang filem ini.

Buat anda yang masih belum menonton filem ini di pawagam, Gangnam Blues masih ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) seluruh negara. Jom!