fbpx

Baru-baru ini telah berlangsungnya satu tayangan perdana, filem yang memberi semangat kepada golongan wanita iaitu Charlie’s Angels di pusat membeli belah One Utama.

Ternyata kali ini dengan kehadiran angels yang lebih bertenaga dan sesuai pada masa kini menjadi antara filem penutup tahun 2019 yang bakal mendapat ribuan tontonan.

Filem terbaru Charlie’s Angels 2019 hasil daripada karya Elizabeth Banks ini mengisahkan tentang trio gadis lincah, seksi dan bertenaga bagi untuk menjayakan misi mereka.

Trio yang kami maksudkan adalah Natalie (Diaz), Dylan (Barrymore), dan Alex (Liu) yang merupakan penyiasat persendirian untuk jutawan yang bernama Charlies.

Jalan cerita yang masih sama seperti Charlie’s Angels pertama tetapi kali ini ada sedikit plot twist yang akan buat anda terkejut apabila menonton.

Bagi anda yang terlepas menonton Charlie’s Angels pertama, anda harus tonton filem kali ini. Yang pastinya lebih wow dari segi kelincahannya, teknologi yang digunakan dan cara mereka memperdayakan mangsa mereka.

Filem berdurasi 1 jam 59 minit ini terasa singkat kerana banyak babak aksi yang padat dan di campur dengan sedikit jalan cerita komedi.

Tak menarik juga jika nak cerita keseluruhan jalan cerita, apa kata anda terjah sendiri untuk lihat apa yang menarik. Yang pastinya dalam filem ini ada juga terselit babak sedih seperti Bossley mereka ditembak mati. Opss! Tercerita pula.

Tapi yang pastinya, hasil dari tayangan perdana yang berlangsung, hampir keseluruhan penonton berpuas hati.

Tayangan perdana ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Ruhainies, Amelia Henderson, Ismail Izani, Ryzal Jaafar dan ramai lagi lah!

Untuk tidak mengecewakan anda yang tak sabar untuk menonton filem ini, nah kami belanja anda trailer. Selamat menonton!