Samada efek make-up atau kamera, mata aku nampak wajah comel Juliana Evans nampak jauh lebih tua dari usianya.

Juliana Evans yang kini sedang melanjutkan pelajaran di’Kolej Sunway ini menghabiskan cuti hari raya selama 5 hari di’kampung halaman, Bagan Datoh, Perak.

“Walaupun saya hanya dapat menghabiskan masa sebanyak lima hari, tetapi saya gembira dapat berjumpa dengan sepupu, pakcik, dan anak-anak saudara saya,” kata Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans.

Ketika di’tanya tentang gossip hubungan beliau dengan Sam Bunkface, Juliana masih menegaskan yang mereka bersahabat baik.

Bagi pengacara jelita ini, dia tidak ingin persahabatan dengan Sam menjadi bahan gosip oleh media cetak mahupun elektronik.

Lagipun, dia ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya terlebih dahulu. Kredit Foto & Berita: mStar Online