UPDATE-1: Nampaknya gambar ini bukanlah gambar terbaru. Our mistake but hey, still cute isn’t it?

Dua entri berkaitan Siti Nurhaliza dalam satu hari? Amazing race!

Selebriti ini masih ada impak dalam dunia hiburan, walaupun dengan entri ringan seperti ini.

Ingat lagi hampir 2 tahun lepas, Siti Nurhaliza menyuarakan hasrat untuk menjadi ibu angkat kepada Auddra.

Auddra merupakan anak perkongsian hidup Sharifah Shahira & Ijoy, lahir pada tahun 2009 dan hari ini genap usia’nya 2 tahun.

Siti Nurhaliza melalui laman Twitter rasmi beliau mengucapkan selamat hari lahir kepada anak perempuan bertuah ini dan mendoakan supaya Auddra menjadi seorang anak yang solehah & berjaya.

Nampak jelas wajah keibuan Siti Nurhaliza dalam gambar di’sebelah. Kami & peminat sentiasa mendoakan supaya Tuhan mempercepatkan niat Datuk Siti Nurhaliza untuk bergelar ibu. Amin.