fbpx

Seakan tradisi untuk penerbitan majalah di Malaysia, hujung tahun merupakan masa untuk menampilkan barisan selebriti wanita sebagai penghias — kita mulakan dengan EH!.

Majalah EH! keluaran edisi November 2011 menampilkan lima orang jelitawan sebagai penghias muka hadapan — Siti Saleha, Yana Samsudin, Anzalna Nasir, Sharifah Amani, dan Cristina Suzanne.

Tema kali ini adalah 20 Yang Anggun di’mana EH! mengajak pembaca dan para peminat hiburan untuk mengenali lebih dekat 20 orang selebriti wanita Malaysia yang paling anggun sepanjang 2011.

Hendak tahu siapa lagi 15 orang selebriti yang perlu anda kenal sebelum kita menjengah tahun 2012, perlulah anda membeli majalah ini yang sudah pun berada di’pasaran dan kedai mamak berhampiran.

EH! menerusi laman web rasmi mereka bermurah hati untuk menyertakan beberapa keping ekstra untuk tatapan anda di’hujung minggu ini. Mahukan gambar penuh? Seperti biasa, hanya RM7.00.