fbpx

(Gambar) Siti Nurhaliza & Konsert Sejuta Warna Anjuran Hai-O

Selepas konsert SATU yang gilang gemilang di Istana Budaya beberapa bulan lepas, kali ini Siti Nurhaliza kembali dengan konsert Sejuta Warna.

Penggunaan angka yang mendadak dalam nama konsert ini sinonim dengan gossip yang mengatakan Siti Nurhaliza di’bayar lebih RM1 juta untuk menjayakan konsert ini.

Konsert Sejuta Warna yang di’anjurkan oleh syarikat MLM Hai-O ini di’anjurkan sempena menyambut ulangtahun ke-17 Hai-O.

“Tak betul lah. Pandai-pandai je buat spekulasi tentang jutaan ringgit tu..,” jawab Siti Nurhaliza yang teruja untuk mengadakan konsert 90 minit ini.

Konsert ini di’jangka akan di’hadiri oleh lebih 10,000 penonton termasuk 6,000 ahli Hai-O sendiri. Tiket boleh di’beli mulai sekarang dengan harga RM60. (Kredit Sumber & Gambar: mStar Online)