Pasti antara anda yang tertanya tanya siapa pula gerangan Siti Fathiyah ini, muka macam pernah nampak ‘kan? Tetapi di’mana ya?


Siti Fathiyah ini merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat remaja dan kini sedang hangat dengan drama bersiri ‘Hani’ yang sedang di’tayangkan setiap Selasa 9.00 malam di slot Lestary TV3.

Semalam ketika orang ramai sibuk menyambut tahun 2011, Siti Fathiyah tidak ketinggalan untuk berkongsi azam beliau untuk tahun hadapan & salah satu’nya adalah untuk bertunang.

Azam yang di’zahirkan melalui akaun Twitter rasmi beliau (@SitiFathiyah) itu di’sertai dengan gambar di’atas yang tanpa segan & silu kami copy pasta khas untuk entri ini.

Siti Fathiyah yang pernah di’kaitkan sebagai tunang kepada Haziq AF4 ini memperkenalkan jejaka dalam gambar sebagai insan bernama Toman.

Entah ya entah tidak nama jejaka tersebut Toman atau itu nama manja antara mereka berdua.

Apa pun, semoga berbahagia untuk Siti Fathiyah dan Toman dan jangan lupa jemput kami jika majlis lebih besar berlangsung. Ehemm.