fbpx

(Gambar) Sisi Elegan Seorang Lisa Surihani Dalam Nona Edisi November

Nampak sangat kami slowpoke, kisah artis bulan November, tulis pertengahan Disember. Isk!

Namun, jika ia’nya melibatkan buah hati rakyat Malaysia ini, tiada apa yang terlalu lambat untuk di’kongsikan.

Lisa Surihani & Nona Sama Berusia 25 Tahun

Antara sebab Lisa Surihani terpilih sebagai cover girl Nona keluaran November 2010 adalah kerana kedua-duanya berusia 25 tahun.

Lisa Surihani mengakui yang Nona antara majalah kegemaran beliau & memastikan akan membaca setiap edisi setiap bulan. Cover pilihan Lisa Surihani — Sofea Jane.

Lisa Surihani Berazam Memiliki Rancangan Sendiri Pada 2011

Setelah azam tahun 2010 untuk memiliki kereta & rumah kediaman sendiri tercapai, Lisa Surihani memasang impian yang lebih besar untuk 2011.

Lisa Surihani mengimpikan untuk mempunyai rancangan sendiri & itu akan memberikan kepuasan kepada diri beliau sendiri sebagai anak seni.

Gambar gambar Lisa Surihani dalam Nona edisi November selepas ini. Enjoice dan jangan merungut tentang kerja hanya kerana hari ini hari Isnin!