fbpx

Sebenarnya semalam berlangsung sebuah majlis besar di New York yang di’hadiri oleh nama nama besar selebriti Hollywood untuk menampilkan fesyen terkini.

Costume Institue Gala atau Met Gala 2012 ini merupakan acara berskala anugerah Oscar untuk dunia fesyen di’mana acara karpet merah mereka tidak kurang meriah’nya berbanding karpet merah malam gemilang Oscar sendiri.

Met Gala 2012 yang mengambil tempat di Metropilitan Museum of Art, New York ini menyaksikan barisan selebriti Hollywood seperti Nina Dobrev (gambar), Beyonce, Kristen Bell, Cameron Diaz, Heidi Klum dan ramai lagi memperagakan fesyen terkini daripada pereka pereka terkenal.

Kami tidak berada di’tempat kejadian tetapi kami tetap membawakan gambar gambar selebriti Hollywood kesayangan anda semua beraksi untuk kamera di karpet merah Met Gala 2012 semalam. Enjoice!