fbpx

Gambar Sekitar Bulan Madu Hafiz Suip & Isteri

Selepas selesai sahaja melangsungkan majlis resepsi mereka yang terakhir tempoh hari di Subang Jaya, pasangan sejoli, Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jesreel telah berangkat ke Gold Coast, Australia untuk berbulan madu disana. Dalam masa yang sama, mereka sempat juga berkongsi kenangan indah mereka disana menerusi instagram.

BACA: Hafiz Suip Enggan Isteri Ceburi Bidang Seni

Melalui perkongsian gambar-gambar disana, ternyata Hafiz dan isteri begitu gembira sekali menikmati negara penuh bersejarah itu. Walau ada ketikanya cuaca di sana tidak begitu baik kerana sering hujan tetapi ia tidak menghalang pasangan ini untuk terus meluangkan masa bersama sebelum kembali bekerja.

Apapun, buat Hafiz dan isteri, selamat menikmati percutian bulan madu anda dan semoga percutian ini akan memberi seribu satu kenangan manis buat pasangan ini. Dan semoga perjalanan pulang pasangan ini ke Malaysia nanti selamat. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar mereka ketika bercuti disana. Enjoice! (rkty/w)