fbpx

Gambar: Qi Razali Dan Nelydia Senrose Bercuti Ke London

Dengan kontroversi yang timbul kembali tentang keintiman Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose — boleh kita simpulkan yang Qi Razali ini seorang kekasih yang kuat cemburunya. Satu sisi positif cemburu kerana sayang. Harapnya.

Dalam peminat hiburan masih memperkatakan tentang kenyataan Qi Razali yang masih kurang senang dengan aksi mesra kekasihnya itu dengan Sharnaaz Ahmad, beliau mempunyai cara sendiri untuk mengukuhkan hubungan cinta yang terbina.

BACA: Sharnaaz Enggan Komen Foto Kemesraan Dengan Nelydia Senrose (ext.)

Qi Razali dan Nelydia Senrose kini berada di kota London dipercayai untuk menikmati percutian bersama walaupun ada laporan menyebut yang mereka terbang ke sana secara berasingan. Mungkin kerana berbeza jadual kerja.

Pasangan ini juga telah pergi menonton perlawanan bola sepak pasukan Arsenal yang merupakan pasukan diminati Qi Razali ketika berada di sana. Lebih manis, Arsenal menang dalam perlawanan menentang Crystal Palace. Gambar untuk tatapan anda, enjoice! (rtky/m)