Untuk entri ini mari kita lari sedikit dari topik selebriti Malaysia untuk memberi laluan kepada kereta baru.

Ramai sebenarnya sudah melihat edisi baru Proton Saga ini apabila Paul Tan memberi liputan di Thai Auto Expo 2010.


Kini, kereta ini di’lancarkan secara rasmi di Malaysia.

Model facelift untuk Proton Saga ini secara rasminya di’beri nama Saga FL yang mungkin membawa maksud Saga FaceLift. Mudah caranya Proton memberi nama baru. I like!

Model ini akan bermula dengan harga serendah RM37,998 untuk model Saga FL 1.3 Standard M/T & high end model 1.3 Executive A/T berharga RM43,298.

Untuk liputan lebih lanjut, halakan skrin monitor anda ke laman blog automotif terkenal Malaysia, Paul Tan & kami petik sedikit gambar Proton Saga FL untuk tatapan anda.