fbpx

Anggap sahaja ini sebahagian dari rebiu kami terhadap filem terbaru Pierre Andre yang bakal menemui anda semua tidak lama lagi.

Semalam, berlangsung’nya majlis pra tonton bersama peminat & media untuk filem Chantek yang mengetengahkan genre romantik komedi, yang ringan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pierre Andre dan heroin beliau dalam filem, Nurul Ekasari yang di’terbangkan khas dari negara seberang, Indonesia.

Pada pendapat ringkas kami, filem Chantek ini merupakan satu filem ringan yang boleh anda tonton jika berada dalam mood romantik atau hanya mahukan sesuatu yang tidak membuatkan anda banyak berfikir ketika anda duduk menonton.

Walaupun bergenre romantik komedi yang bunyinya seperti tiada beza dengan filem lain, komedi yang di’tampilkan melalui Chantek agak bersahaja dan tidak nampak seperti di’buat buat atau di’rancang. 

Gambar terima kasih tanpa prejudis buat Cipot Redz