fbpx

Gambar: Percutian Berbulan Madu Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Eropah

Gambar: Percutian Berbulan Madu Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke EropahAyat tajuk ada serupa bait bait dalam program Destinati Cinta atau tidak? Heh. Itu rancangan yang buat peminat cemburu dengan lokasi yang di’jelajahi oleh artis terpilih.

Pasangan yang ini kami pasti tidak terlibat dengan program tersebut & mereka kini sedang berbahagia menikmati percutian bulan madu kedua mereka di bumi Eropah.

Menurut maklumat ringkas Awal Ashaari, mereka berdua pada awalnya di’bawa ke Istanbul, Turki oleh Mister Potato untuk menyaksikan perlawanan Champions League.

Perlawanan yang menyaksikan Manchester United tumpas kepada Galastaray sekaligus melenyapkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Champions League setakat ini.

Itu tidak penting sebenarnya. Yang penting, Awal Ashaari dan Scha al-Yahya mengambil peluang berada di Eropah untuk terus menjelajah ke kota lain seperti Paris dan London.

Gambar dari Instagram Awal Ashaari untuk tatapan anda semua selepas ini  & kami cemburu apabila melihat Scha al-Yahya sakan membeli belah di’sana. Souvenir untuk kami ada? Heh.